Penyanyi kumpulan rock lagenda, Ameng tampil berkongsikan pengalaman sepanjang bergelar tahanan penjara suatu ketika dahulu.
Ameng yang dipenjara kerana kesalahan penyalahgunaan dadah berkata, dia tidak pernah langsung tahu membaca Al-Quran dan hanya belajar dari awal ketika berada di penjara.
BACA: Gigi ‘Kacip’ Macam Tengah Khayal Hisap Dadah, Ameng Buat Laporan Polis
Akuinya lagi, dia mengenali kalimah-kalimah Allah itu dengan belajar muqaddam yang ditulis semula dalam huruf rumi pada ketika itu.
View this post on Instagram
“Saya buta Al-Quran. Saya orang Terengganu, tapi jiwa Amerika. masuk dalam (penjara) baru nak belajar alif, ba, ta. Dalam penjara tak ada muqaddam yang ditulis dalam rumi. Jadi untuk belajar, saya tulis semula dalam rumi. Saya mulakan dari awal.”
Perkongsian bermakna itu diceritakan Ameng dalam sebuah panggilan video bersama-sama pelakon Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.
Ameng dalam pada itu turut berkongsi mengenai makanan yang disediakan di dalam penjara di yang khabarnya sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
“Dalam penjara, bukan makanan teruk tapi cuma tak ada pilihan sebab makanan sama. Tapi makanan itu berkhasiat. Contohnya ikan dan sayur. Semuanya terpilih. Kebanyakannya berprotein. Minuman tak ada gula, makanan pula direbus..” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ameng telah dijatuhi hukuman lapan tahun penjara serta 10 sebabtan oleh Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan penyalahgunaan dadah pada 12 April 2011 yang lalu.
Hukuman tersebut walau bagaimanapun dipendekkan kerana berkelakuan baik dan cemerlang dan telah dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Hanya Belajar Alif Ba Ta Di Penjara, Ameng Spring Kongsi Pengalaman Bergelar Banduan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments