#Hiburan: Tular Isu ‘Vaksin Angin’, Dr. Say Nasihat Orang Ramai ‘Request’ Tunjuk Semua Depan Mata

Hangat dibincangkan oleh orang ramai mengenai isu sesetengah pihak yang telah menerima ‘vaksin angin’ atau kosong ketika hendak menerima suntikan vaksin COVID-19. Isu berkenaan telah menarik perhatian banyak pihak termasuklah pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say.

BACA: Suntik Vaksin Kosong Kepada Orang Ramai, Ruhainies Gesa Pelaku Ditangkap 

Advertisement

Menurut Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin, isu itu bukanlah sesuatu yang baru dan ia berkemungkinan berlaku atas sebab human error.

Actually tak baru pun, rasanya dari dulu tular video-video yang kena cucuk tapi syringe-nya tiada isi. To be honest bila saya dan wife tengok video-video sebegitu pun kami tertanya.

Saya faham frontliners ramai yang burnt out sekarang ni. Baru habis syif di hospital, mereka ke Pusat Pemberian Vaksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Tambahnya lagi di dalam hantaran tersebut, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika menerima vaksin, Dr. Say menasihati orang ramai untuk lebih teliti sewaktu menerimanya.

Sebagai rakyat jelata, anda ada hak untuk take part in this. Apa yang anda boleh buat bila masuk cubicle nak menerima vaksin tu, cakap kepada pemberi vaksin, boleh tak saya nak tengok syringe vaksin tu dan lepas dicucuk minta sekali lagi nak tengok syringe itu.

Dr. Say

 

Dalam pada masa yang sama, Dr. Say turut berharap agar isu ini dapat diteliti sebaiknya agar tidak berulang di masa hadapan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tular Isu ‘Vaksin Angin’, Dr. Say Nasihat Orang Ramai ‘Request’ Tunjuk Semua Depan Mata first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments