#Hiburan: Langgar SOP, ‘Instafamous’ Biadap Dengan Warga Emas Dikompaun

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah telah mengesahkan seorang instafamous yang tular kerana bersikap kurang ajar terhadap warga emas baru-baru ini telah dikenakan kompaun atas sebab gagal memakai pelitup muka.

Advertisement

Menurut beliau, individu tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1500 kerana gagal mematuhi panduan operasi standard ketika menyampaikan ceramah di Pusat Gelandangan, Kuala Lumpur.

Individu di dalam video tersebut telah dipanggil ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden di Pusat Transi Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang.

Katanya menerusi sebuah kenyataan.

IG Story Carl Samsudin

Advertisement

Siasatan awal kes tersebut mendapati, jejaka tersebut telah menyampaikan ceramah motivasi Ubah Hidup kepada 20 orang gelandangan di pusat transit kira-kira jam 11:30 pagi semalam.

IG Story Carl Samsudin

Dalam pada masa yang sama, individu lelaki yang tular di dalam video tersebut telah memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan olehnya kepada warga emas itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Langgar SOP, ‘Instafamous’ Biadap Dengan Warga Emas Dikompaun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments