#Hiburan: “Pastikan Mereka Vaksin Dulu..” Kena ‘Warning’ Dengan Suami Lana Nodin, Michael Ang Sedia Bersemuka

Pengarah drama terkenal, Michael Ang berkata dirinya ada menerima amaran daripada suami pelakon Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya yang membidas pendapat aktres itu yang tampil mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

BACA: “Tak Habis Buat Muka Kesian..” Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

Advertisement

Kata Michael, dia bersedia untuk bersemuka secara berhadapan bagi menyelesaikan perbalahan yang terjadi antara mereka namun dengan syarat, pasangan itu harus mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Instagram Michael AngSumber : Instagram Michael Ang  

Menurut pengarah drama Love Elsa ini lagi, David ada memberi amaran dan meninggalkan komen ketika dia sedang melakukan sesi siaran langsung di Instagramnya, baru-baru ini.

“Dia masuk dalam sesi IG Live saya dan tinggalkan komen macam tu. Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dahulu. Sebab saya memang tak nak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksin, itu pendirian saya..”

Michael dalam pada itu berkata bahawa dia tidak ambil kisah mereka menolak pengambilan vaksin kerana ia merupakan hak individu namun apabila pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menuduh DG Hisham berpura-pura penat dan berlakon, perkara tersebut adalah merupakan suatu kebodohan yang ditonjolkan oleh Lana.

Advertisement

Terdahulu, Lana ada memuat naik di Instagram Story yang menempelak Michael yang baginya sering masuk campur dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan artis.

Lana NodinSumber : Instagram Lana Nodin  

Dalam pada itu, Michael berkata dia langsung tidak mengambil pusing kritikan yang dilemparkan kepadanya di media sosial kerana merasakan ia sebagai satu tindakan yang sia-sia jika terus melayan pendapat tidak bermanfaat seperti itu.

Michael juga sempat memberi nasihat kepada rakan-rakan artis agar menggunakan pengaruh dan populariti yang ada untuk menyebarkan perkara-perkara yang positif dan juga bermanfaat kepada pengikut mereka di media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pastikan Mereka Vaksin Dulu..” Kena ‘Warning’ Dengan Suami Lana Nodin, Michael Ang Sedia Bersemuka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments