#Hiburan: ‘Lima Sekawan’ Terima Surat Saman, Siti Nordiana Minta Bayar RM200,000 Setiap Seorang

Kes melibatkan Siti Nordiana dan juga ‘lima sekawan’ iaitu Lan Solo dan isteri, Syura Badron, jurusolek Aida G, Sam Samin diteruskan lagi apabila mereka mengesahkah telah menerima surat tuntutan permohonan maaf daripada penyanyi itu sejak daripada hari Isnin yang lalu.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan kepada sebuah portal media hiburan di mana Siti Nordiana turut menuntut amaun bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang selain surat tuntutan permohonan maaf.

Mereka berlima yang diwakili peguam terkenal, Alan Razak berkata telah menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada pihak berkenaan.

Kami (Lan, Shiela, Syura, Aida G dan Sam) telah menerima surat tunturan daripada pihak Siti Nordiana yang kandungannya meminta agar kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Turut diberi beberapa syarat lain, selain bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Kenyataan itu dikeluarkan Sam sebagai wakil mereka berlima kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut apabila ditanyakan sama ada mereka sedar Siti Nordiana sudah meneruskan saman setelah 24 jam tuntutan permohonan maaf itu tidak dijawab.

Advertisement

Siti Nordiana difahamkan telah melantik firma guaman, Tetuan Abang Azlan & Associates untuk mewakili kes berkenaan.

“Nana terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej yang tercalar akibat kenyataan sedemikian, sama ada secara langsung atau sebaliknya akibat sesi siaran langsung IG itu” ujar peguam yang mewakili Siti Nordiana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Lima Sekawan’ Terima Surat Saman, Siti Nordiana Minta Bayar RM200,000 Setiap Seorang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments