Meskipun sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat gara-gara kekecohan yang dicetuskan penyanyi Caprice berkenaan pendedahan situasi sebenar di Gaza, Palestin, nampaknya isu tersebut masih berterusan sehingga ke hari ini.
BACA: Teruskan Misi Seorang Diri, Caprice Belum Sedia Pulang Ke Malaysia
Ini berikutan Caprice khabarnya telah diugut oleh seorang individu di Instagram di mana dia akan mengecam pemilik nama Ariz Ramli itu sehingga terdetik untuk membunuh diri.
View this post on Instagram
Caprice turut mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Caprice ada memuat naik tangkap layar kenyataan individu tersebut yang berbunyi, “Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bunuh diri. Lagi bagus mati lagi baik.”
Mungkin terkejut dengan pernyataan tersebut, Caprice tampil memberi respon dan turut memberi pilihan kepada individu tersebut sama ada menggunakan cara kasar atau melibatkan pihak berkuasa.
View this post on Instagram
“Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah.”
Walau bagaimanapun, akaun individu terbabit kemudiannya ditukar kepada tetapan peribadi setelah didedahkan oleh Caprice.
Terdahulu, Caprice telah mencetuskan kekecohan di media sosial apabila dia mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Palestin untuk misi kemanusiaan dan bantuan telah mencemarkan imej negara Malaysia dengan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan di sana.
Antaranya, kegiatan mengambil gambar dan merakam video ketika memberi bantuan secara keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penduduk Palestin.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Diugut Agar Dikecam Sehingga Mati, Caprice Mahu Libatkan Pihak Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments