#Hiburan: Macam Budak Lepas SPM, Gaya Fazura Ambil Vaksin Cuit Hati Netizen

Pelakon jelita, Nur Fazura mencuri perhatian netizen apabila penampilannya yang bersahaja ketika mendapatkan vaksin kali pertama hari ini.

Fazura kelihatan memuat naik foto momen-momen sewaktu berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Pyramid Convention Centre khas untuk para peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Hanya mengenakan tudung bawal dan kemeja merah jambu bersaiz besar, gaya Fazura ternyata seperti ‘budak sekolah’ lagaknya.

BACA: Kini Bertudung, Fazura Harap Isu Agama Tak Perlu Disensasikan

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji penampilan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu yang sopan dan menutup aurat sepenuhnya.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Comel macam remaja Faz pakai macam ni!” tulis seorang pengguna media sosial di ruangan komen.

Terdahulu, suami Fazura, Fattah Amin ada mengumumkan bahawa dia kini sudah berhijrah dan tampil berhijab sepenuhnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Macam Budak Lepas SPM, Gaya Fazura Ambil Vaksin Cuit Hati Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments