Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam meluahkan rasa syukur apabila suami kesayangan, Datuk Nor Azam Sulaiman telah bebas daripada wabak COVID-19 dan semakin sembuh.
BACA: Suami Kritikal Tahap 4, Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak
Ujar Rebecca, suaminya telah dibenarkan pulang ke rumah dan sedang berehat untuk pulih sepenuhnya.
View this post on Instagram
Perkara tersebut turut dimaklumkan Rebecca menerusi hantaran media sosial Instagramnya, selasa lalu.
“Suami sudah beransur sihat..cuma cepat penat, tak boleh cakap banyak. Doktor juga tak izinkan dia buat apa-apa dulu dan harus berehat tenang.”
Dia dalam pada itu turut berkongsi foto bersama suami yang merayakan hari raya Aidiladha semalam.
Rebecca dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada petugas perubatan di atas usaha dalam memastikan suaminya dan ahli keluarga yang lain berada dalam keadaan baik.
View this post on Instagram
Terdahulu, pelakon jelita itu memaklumkan bahawa dia dan tujuh anggota keluarganya bersama tiga pembantu rumah telah dijangkiti COVID-19 dan suaminya pula berada dalam keadaan kritikal tahap empat.
Sekadar info, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Nor Azam pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan enam orang cahaya mata dan turut mempunyai dua orang anak angkat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Cepat Penat Dan Tak Boleh Banyak Bercakap, Rebecca Syukur Suami Semakin Pulih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments