Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila dia bertemu empat mata dengan lelaki warga emas yang tular baru-baru ini gara-gara menjadi mangsa sikap biadap seorang ahli perniagaan di sebuah pusat gelandangan yang bertempat di ibu kota, semalam.
Sarah yang mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan pakcik tersebut berkata, lelaki warga emas itu mengakui bahawa dia merasa malu dengan insiden tersebut.
View this post on Instagram
Di kesempatan itu, Sarah menitipkan kata-kata semangat buat pakcik tersebut dan berkata bahawa perbuatan individu terlibat memang tidak diterima oleh ramai rakyat Malaysia yang merasakan tindakan tersebut sebagai melampau dan biadap.
Alhamdullilah, syukur saya berkesempatan jumpa pakcik ini. Pakcik ini memang sedih dan malu sangat dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan. Pakcik tu sudah 64 tahun. Bayangkan kalau ibu bapa kita kena ‘sound’ macam tu? Saya cakap, ramai sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik..
Menurut pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini lagi, seseorang itu tidak mempunyai ‘lesen’ untuk berlaku biadap terhadap orang lain meskipun hidup dilimpahi harta kekayaan dan memiliki pangkat yang tinggi.
View this post on Instagram
Terdahulu. tular di media sosial apabila seorang usahawan telah mempersoalkan pakcik tersebut tentang adakah dia menyesal kerana tidak berusaha ketika di usia muda sehinggakan terpaksa hidup menjadi seorang gelandangan.
Terbaru, usahawan tersebut telah tampil membuat permohonan maaf di atas apa yang telah berlaku dan tidak berniat untuk berlaku kurang ajar dan biadap.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Jumpa Pakcik ‘Viral’, Puteri Sarah Liyana Tak Dapat Tahan Sebak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments