#Hiburan: Dapat Jiran Tak Kemas Rumah, Cef Wan ‘Mengamuk’ Di Instagram

Cef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Wan memang terkenal dengan sikap lantangnya memberi pendapat atau luahan rasa tentang apa yang berlaku di sekeliling.

BACA: “Jika Betul, Dah Lama Keluar Berita..” Cef Wan Nafi Penglibatan Serina Dalam Sindiket Kartel Dadah

Advertisement

Terbaru, menerusi hantaran Instagramnya, Cef Wan meluahkan rasa kecewa dengan sikap jiran yang tidak menjaga kebersihan rumah masing-masing sehingga mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan penghuni di kawasan perumahan yang diduduki.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Ujar Cef Wan, ramai pemilik rumah sekadar membeli tapi tidak mendiami kerana ianya sekadar pelaburan dan sekaligus membiarkan kawasan rumah ditumbuhi lalang liar sehingga mengundang binatang liar seperti ular dan sebagainya.

“Jika nak buat duit sekali pun harta tu jaga lah baik-baik jangan sampai menyusahkan orang yang mana siput-siput babi di dalam semak tu semua datang ke rumah saya. Nyamuk pun! Ini belum ular lagi seperti mana yang pernah dialami oleh beberapa jiran. Kita buat aduan kepada penjaga kediaman, setiap kali baru la mereka nak hantar pekerja bangla untuk membersihkannya..”

Dia dalam pada itu turut menyatakan kekesalan serta meminta agar pemilik rumah untuk lebih bertimbang rasa terhadap jiran sekeliling dengan tidak membiarkan keadaan rumah dalam keadaan kotor dan semak samun.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Advertisement

Selain menyakitkan mata dengan keadaan tidak terurus tersebut, bapa kepada pelakon Serina itu juga menyatakan rasa hairan dengan sikap orang yang membazir membeli rumah yang sedia untuk diduduki namun meninggalkannya tidak berpenghuni.

“Ramai orang nak beli rumah pun tak mampu. Yang ada berlebih pulak tu tak reti nak menjaga harta mereka dengan baik. Boleh tak anda bayang tinggalkan rumah kosong selama lapan tahun bila mana ia telah tersedia untuk diduduki. Membazir.” tulis Cef Wan lagi dalam hantaran media sosial miliknya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dapat Jiran Tak Kemas Rumah, Cef Wan ‘Mengamuk’ Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments