#Hiburan: Sokong Perarakan #Lawan, Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Di Facebook

Pelakon senior, Edika Yusof dikecam netizen di Facebook gara-gara meninggalkan komen seperti menyokong perarakan #Lawan yang diadakan pada pagi tadi.

Perarakan yang diadakan bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletakkan jawatan itu dilaporkan berlangsung di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Edika difahamkan telah meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook di mana dia menganggap perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili suara rakyat yang berani untuk mendesak kerajaan tidak mempunyai kredibiliti ini berundur dan meletakkan jawatan.

Komen Edika YusofSumber : Facebook  

Ni rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat macam ni (perarakan) ramai lagi akan mati..hormati mereka sekurang-kurangnya mereka berani.

Advertisement

Pelakon filem lagenda Maria Mariana itu juga merasakan perarakan itu selamat kerana ia dilakukan di kawasan terbuka dan selamat serta peserta juga mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

Walau bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan yang sewajarnya daripada pengguna media sosial Facebook kerana ramai pula yang menghentamnya dan menyifatkan pelakon itu sebagai ‘tidak punya otak’.

Komen FacebookSumber : Facebook  

Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu berpakaian hitam yang membawa tanda pagar #lawan telah diadakan pada jam 10 pagi tadi bermula dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Perarakan itu diadakan bertujuan mendesak agar seluruh menteri Kabinet melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menangani wabak COVID-19 sejak hampir dua tahun yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sokong Perarakan #Lawan, Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Di Facebook first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments