Pelakon Norman Hakim menasihati orang ramai untuk tidak takut pergi membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
BACA: Norman Hakim Bina Badan Sasa Bukan Kerana Ingin Menunjuk
Menerusi perkongsian Norman di akaun Instagramnya, dia memberitahu bahawa walaupun dirinya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, namun turut terkejut apabila disahkan mempunyai kolestrol tinggi dalam badan.
Saya bukan saja-saja nak rendahkan bodyfat atau nak kejar 8 packs semata-mata, tapi percaya atau tak, saya ada isu kolestrol sangat tinggi.
Pendekkan cerita doktor jumpa selain dari faktor keturunan, faktor pemakanan adalah penyumbang utama.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, selepas mengetahui tentang kolestrolnya itu, tanpa membuang masa dia terus menukar corak pemakanan hariannya dan juga rutin senaman.
Dengan penukaran cara makan dan rutin senamannya, Norman bersyukur kerana ia telah membuahkan hasil apabila dia pergi membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini dan terlihat kolestrol dalam badannya menurun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Ada Isu Kolestrol Tinggi..” – Norman Hakim Nasihat Jangan Takut ‘Check’ Badan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments