#Hiburan: Dikritik Kerana Sering Buat Lawak Bodoh, Atu Tak Kecil Hati

Pelawak terkenal, Atu Zero memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berkecil hati atau terasa apabila ada sesetengah individu yang mengkritik mengenai cara penyampaian lawaknya di kaca televisyen.

BACA: “Dia Nampak Je Bodoh-Bodoh Tapi..” – PU Rahmat Dedah Atu Zero Seorang Yang Menjaga Solat

Advertisement

Atu meluahkan rasa tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk perkongsian bersama peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Akueatu (@akueatu)

Katanya lagi, masing-masing mempunyai hak untuk memberi pandangan mereka terutama kepada para penghibur.

Advertisement

“Ada cakap lawak saya lawak bodoh, ada yang bandingkan dengan dulu lagi best, tidak apalah semua ada hak masing-masing untuk menilai…”

Jelas Atu, niatnya berada dalam dunia seni hiburan adalah untuk mencari rezeki dan bukanlah semata-mata menagih perhatian orang.

Atu ZeroSumber : Instagram Atu  

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil memberi kata-kata semangat dan menyatakan sokongan penuh kepada pelawak yang berasal daripada Sabah itu.

Sekadar info, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif menganggotai kumpulan Zero bersama-sama dua abangnya iaitu Syaiful dan Syarif.

Kumpulan Zero mula mendapat perhatian setelah menyertai program realiti TV lawak terbitan Astro iaitu Raja Lawak musim ke-6 pada tahun 2012 yang lalu dan meraih gelaran naib juara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dikritik Kerana Sering Buat Lawak Bodoh, Atu Tak Kecil Hati first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments