Sambutan Aidiladha bagi pelakon Nazrief Nazri nampaknya lebih bermakna apabila dia dan isteri, Aizatul Aqma,27, dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata pertama iaitu bayi lelaki pada jam 1.12. pagi semalam.
BACA: Nazrief Nazri Diduga Apendiks Bengkak Dikala Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin
Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri memaklumkan bahawa dia sangat bersyukur kerana proses melahirkan anak pertama mereka itu dipermudahkan di kala waktu pandemik yang semakin membimbangkan.
Pelakon drama Bidadari Salju ini juga berkata bahawa dia seolah tidak menyangka dirinya sudah bergelar bapa dan mempunyai anak sendiri.
“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin secara normal pada pukul 1.12 pagi, hari Arafah (Isnin). Dia berada dalam dewan bersalin pun tak lama, kurang empat jam. Sukar untuk menggambarkan perasaan saya saat melihat bayi kami dilahirkan. Tapi memang rasa sangat luar biasa tak boleh nak ungkap. Macam tak percaya dah ada anak sendiri.”
Nazrief dalam pada itu belum mendedahkan lagi wajah dan nama anak lelakinya itu dan menunggu tarikh yang sesuai.
View this post on Instagram
Dia juga berkata ingin memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri yang sedang berpantang untuk kembali pulih seperti kebiasaannya.
Sekadar info, Nazrief dan Aizatul telah mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAHNIAH) Nazrief Nazri Dan Isteri Timang Anak Lelaki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments