#Hiburan: “Sekiranya Saya Kena Bela Diri Di Mahkamah, Saya Akan Buat Dengan Petunjuk Allah” – Caprice

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi sesi langsung di media sosial hari ini tampil mempertahankan diri dan menepis dakwaan tidak berasas yang dibuat beberapa individu mengenai isu kemanusiaannya ke Gaza. Penjelasan yang diberikan Ustaz Ebit Lew itu sekaligus menjawab kontroversi yang tercetus hangat baru-baru ini.

BACA: “Saya Tak Pernah Buka Tabung Gaza, Saya Pakai Duit Saya Sendiri..” – Ustaz Ebit Lew

Advertisement

Penyanyi rap, Caprice di Instagram memuat naik hantaran terbaru mengaku banyak membuat dosa dan perlu belajar lebih banyak lagi mengenai agama. Walau bagaimanapun, dia mendakwa tidak akan sesekali berbohong atau menyebar fitnah berkaitan kemajuan Islam dan umat.

Caprice minta maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Bismillah.
Salam, whoever have met me from JAIS, JAKIM, wakil rakyat, students, and places where i have shared my vision for the ummah. Sebagai individu, caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kene belajar tentang agama. However, I hope you know that i will never LIE atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam.

Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana.

Caprice doa untuk ebit lew dan team ebit lew, walaupon misi kita ke Gaza sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, ape lagi di Palestine? Selama kita berada di sini, Caprice masih rujuk kepada Ulama dan berape ustaz tentang perjalanan Caprice di sini dan Alhamdulillah, walaupon semua tegur cara caprice, tetap mintak Caprice teruskan dgn misi dan pejuang kita.

Menurut Caprice, sebelum dia terbang lagi, dia sudah diingatkan mengenai risiko di tempat perang malah dia mungkin tidak berjaya pulang. Namun, dia nekad dengan niat bersedia ‘rugi’ di dunia asalkan tidak ‘rugi’ di akhirat.

Jelasnya, dia akan tetap meneruskan perjuangan untuk diplomasi, keamanan dan ihsan bukan sahaja untuk Palestin tetapi semua masyarakat di dunia.

Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader sudah bagi tahu awal2 itu tempat perang ade risiko yang kita tak akan pulang. Sebelum naik kapal terbang lagi Caprice sudah niat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Dan hari ni, kita sudah rase bende tu.

I will continue to fight for diplomacy, peace, and compassion for not just Palestine, but any corner of the World. I will defend anyone who are oppressed tak kisah bangsa dan agama.

This has been the toughest journey in my road of hijrah and ibadah, i will continue until my last breath.

iam sorry once again if you are hurt, i do not wish to continue this debate, i hope to only unite and achieve a collective goal of peace in Palestine. If i have to defend myself in court, i will do so with the guidance of Allah. Thank you.

Salam

Advertisement

Mengaku perjalanan kali ini adalah paling mencabar dalam hidup, Caprice berkata dia akan tetap meneruskannya sehingga ke nafas yang terakhir.

Sekali lagi, dia memohon maaf dan tidak mahu terus memanjangkan isu. Harapannya hanyalah untuk bersatu dan mencapai misi keamanan di Palestin. Dan sekiranya dia harus membela diri di mahkamah, dia akan membuat demikian dengan petunjuk dari Allah SWT.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Sekiranya Saya Kena Bela Diri Di Mahkamah, Saya Akan Buat Dengan Petunjuk Allah” – Caprice first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments