Bapa kepada penyanyi Lan Solo dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah bertempat di Hospital Taiping, Perak kira-kira jam empat pagi tadi.
Berita duka itu dikongsikan bekas vokalis kumpulan Kristal itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Lan dalam Instagramnya hari ini.
View this post on Instagram
Assalamualaikum. Ayah saya, Mohamed Yusof Isa atau Pak Tam telah menghadap Ilahi. Ayah saya menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4 pagi tadi di Hospital Taiping.
Dalam pada itu, Lan turut memohon doa orang ramai dan juga peminatnya agar roh ayahanda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
View this post on Instagram
Semalam, Lan yang kini berusia 36 tahun ada dihubungi sebuah portal media dalam usaha mendapatkan respon mengenai saman yang dikemukakan penyanyi Siti Nordiana namun memaklumkan bahawa dia sedang dalam perjalanan pulang ke Taiping untuk melawat orang tuanya yang sedang sakit.
Jelas Lan lagi, dia sudah beberapa hari berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiping untuk melawat arwah bapa yang pada itu sedang sakit tenat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAKZIAH) Bapa Lan Solo Meninggal Dunia Pagi Tadi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments