Selebriti terkenal Indonesia, Nikita Mirzani berkata dia kini menjadikan solat tahajud sebagai hobi terbaharu yang diamalkan olehnya setiap hari kerana takut berdepan dengan kematian.
Menurut selebriti tersebut, dia mengamalkan solat tahajud pada setiap hari setelah melihat kes kematian akibat daripada jangkitan COVID-19 di Indonesia kian hari semakin meningkat dan berasa takut jika meninggal kerana wabak tersebut.
Saya tidak tahu bila ajal saya akan tiba. Saya melihat ramai teman artis meninggal dunia tiba-tiba sehingga membuatkan saya takut.
Katanya seperti yang dipetik di Tabloid Bintang.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nikita turut berkata bahawa dia sudah mewasiatkan segala harta kepada anak-anaknya dan dia juga sudah mendaftarkan ketiga-tiga orang anaknya dengan insurans sebagai persediaan jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.
Katanya, beliau amat memahami kehidupan seorang anak yatim piatu kerana juga melalui situasi seperti itu dimana dia di besarkan oleh ibu saudaranya hingga umur 23 tahun tanpa ibu bapanya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Kes Kematian COVID-19 Di Indonesia Meningkat, Nikita Mirzani Rajin Solat Tahajud first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments