#Hiburan: Tiada Lagi Mira Filzah, Amyra Rosli Kini Hos Baru Program Nona

Setelah kira-kira tiga tahun lamanya pelakon Mira Filzah mengacarakan program Nona, nampaknya tugas tersebut kini beralih kepada pelakon Amyra Rosli apabila dia diumum sebagai hos baharu program berkenaan bermula pada 8 Ogos nanti.

BACA: Saling Menyokong, Amar Baharin Dan Amyra Rosli Giat Dekatkan Diri Pada Agama

Advertisement

Amyra yang dihubungi sebuah media berkata, dia amat berbesar hati apabila diberi peluang dalam menggalas tanggungjawab besar tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Katanya lagi, ini merupakan kali pertama dirinya menjadi pengacara sesebuah program televisyen dan menganggap ia seperti impian yang menjadi kenyataan.

“Pertama kali menerima tawaran ini saya sangat terkejut sebab semua orang tahu Nona in program yang sangat besar. Sejak dulu saya memang pasang impian untuk menjadi seorang pengacara tapi ilmu itu belum cukup. Sekarang apabila ditawarkan menjadi pengacara Nona, perasaan takut itu saya dah buang dan cabar diri saya.”

Ujar pelakon drama Nur itu, dia berazam untuk membawa program tersebut dengan caranya yang tersendiri dan akan memberi kelainan berbanding pengacara sebelum ini agar lebih dekat pada penonton.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Terdahulu, Nona dihoskan oleh Mira Filzah selama tiga tahun sejak tahun 2018. Antara nama-nama hebat yang pernah mengacara program yang sinonim dengan wanita itu adalah Puan Seri Normala Shamsudin, Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanida Imran, Farah Fauzana, Neelofa dan Fouziah Ghous.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tiada Lagi Mira Filzah, Amyra Rosli Kini Hos Baru Program Nona first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments