#Hiburan: “Tak Habis Buat Muka Kesian..” Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

Pelakon Lana Nodin menerusi beberapa hantaran di Instagram Story dilihat ada menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah agar segera meletakkan jawatan.

BACA: “Kubur Masing-Masing..” Lana Nodin Pertahan Pendapat Rita Rudaini

Advertisement

Dakwa Lana, ramai masyarakat seolah-olah terpedaya dengan ‘lakonan’ DG Hisham yang seolah-olah sengaja berlakon dengan wajah penat dan sedih atas apa yang berlaku kepada negara pada ketika ini.

Dia juga dilihat memuat naik video pendek pengurusan mayat yang dijangkiti COVID-19 di mana ada individu yang berpakaian biasa sedang menguruskan kontena berisi mayat dan tidak memakai PPE seperti yang disarankan DG Hisham sebelum ini.

“Hebat lakonan kalah drama Melayu kat Samarinda, hebat KKM. Tahniahlah DG. Ko ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka kasihan dan menangis penat tapi semua tu kau berlakon saja!”

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini dikatakan kurang berpuas hati dengan tindakan anggota pengurusan jenazah yang tidak memakai set perlindungan diri (PPE) yang lengkap.

IG LANA NODINSumber : Instagram Lana Nodin  
IG LANA NODINSumber : Instagram Lana Nodin  

“Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal ahli keluarga tak dapat kebumikan katanya sangat bahaya mayat-mayat tu semua. Tapi tengok mamat tu, rileks je..yang lain bukan main full uniform PPE. Nasib baik tak buat drama jatuh penat angkat mayat pula! Kalah cerita hindustan. Wake up la..tak habis-habis bagi rakyat fear mongering!”

Malah, ada juga peminat yang tampil menyokong pernyataan Lana Nodin itu di mana mereka telah menghantar mesej dan gambar DG Hisham tidak memakai pelitup muka dan sebagainya.

Advertisement

Tambahnya lagi, DG Hisham hanya berpura-pura menangis di dalam televisyen ketika sidang media hanya sekadar untuk menakutkan rakyat dan memperoleh simpati.

“Dalam TV je bukan main nak menangsi suara sedih suruh pakai double mask. Pejabat kementerian awam boleh pula ko tak pakai mask? Oh lupa orang kayangan.” tempelak Lana lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Habis Buat Muka Kesian..” Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments