#Hiburan: “Saya Memang Pantang Orang Tak Pandai Hormat Orang Tua Ni” – Sherry Ibrahim

Semalam, tular sebuah video yang membuat ramai pihak berasa marah dengan seorang usahawan jenama tempatan apabila dia menyampaikan nasihat dan kata-kata motivasi kepada seorang warga emas dengan cara yang salah dan biadap.

Advertisement

Tidak terkecuali, pelakon Sherry Ibrahim turut meluahkan rasa berang dan kecewa dengan kebiadapan usahawan tempatan yang bersikap kurang ajar terhadap seorang warga emas di sebuah pusat transit gelandangan di ibu negara.

Saya memang pantang dengan orang yang tak pandai nak menghormati orang tua.

Luah Sherry di dalam hantaran Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Dalam pada masa yang sama, pelakon yang terkenal dengan drama Teduhan Kasih itu meminta agar usahawan tempatan di dalam video tersebut segera mengubah sikap dan belajar untuk menghormati orang tua.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di pusat transit gelandangan di ibu negara dimana usahawan terbabit hadir untuk menyampaikan sumbangan. Video tersebut tular di media sosial sehinggakan nama usahawan itu trending di Twitter.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Saya Memang Pantang Orang Tak Pandai Hormat Orang Tua Ni” – Sherry Ibrahim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments