#Hiburan: Sering Muat Naik Foto Tutup Perut, Persoalan Neelofa Hamil Terus Jadi Tanda Tanya

Tidak dinafikan bahawa aktiviti dan kemas kini terbaru Neelofa pasti akan menjadi ikutan ramai. Merupakan selebriti kesukaan ramai, sudah pasti semua mahu mengikuti perkembangan dirinya.

Advertisement

Disebabkan oleh itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa usahawan wanita itu mungkin sedang berbadan dua. Tebakan ini bermula apabila Neelofa dilihat suka memegang bahagian perutnya dalam beberapa sesi live di Instagram.

Walaubagaimanapun, khabar angin itu semakin kuat apabila isteri kepada PU Riz itu kerap memuat naik foto di mana bahagian perutnya ditutup oleh produk yang dipromosikan. Termasuk beg tangan dan sejadah jenama Naelofar.

Bukan satu sahaja, malah terdapat beberapa keping gambar yang menampilkan Neelofa melakukan gaya ‘posing’ yang sama lantas menimbulkan teka-teki dalam fikiran netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)

Advertisement

Meskipun sudah beberapa kali diusik, Neelofa nampaknya lebih senang mendiamkan diri mengenai persoalan ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sering Muat Naik Foto Tutup Perut, Persoalan Neelofa Hamil Terus Jadi Tanda Tanya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments