#Hiburan: Majlis Resepsi Tertangguh, Mira Filzah Dedah Masih Ada 4 Majlis Berbaki

Pelakon Mira Filzah mendedahkan bahawa dia dan suami tercinta, Wan Emir masih mempunyai empat lagi baki majlis resepsi yang tertangguh gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak setahun yang lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Mira ketika dia menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia ingin menyambung majlis resepsi yang belum dilakukan jika mempunyai peluang untuk berbuat demikian selepas ini.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Ujar Mira, empat majlis tersebut merupakan resepsi sebelah keluarga suaminya manakala di belah keluarganya sudahpun selesai.

BACA: “Kita Perlu Lebih Ramai Insan Seperti Dia..” Mira Filzah Kagum Semangat DG Hisham

“Tak sambung kot. Tah lah. Dah nak masuk anniversary dah ni. Keadaan pun tak sesuai…” tulisnya di Instagram Stories.

Advertisement
Mira FilzahSumber : Instagram Mira Filzah  

Kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu lagi, dia juga sudah menempah empat jurusolek untuk majlis tersebut namun tiada rezeki.

Menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya yang tersendiri, Mira walau bagaimanapun bersyukur kerana sempat melakukan majlis meraikan perkahwinannya bersama ahli keluarga meskipun tidak lengkap bagi keluarga suami tersayang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Majlis Resepsi Tertangguh, Mira Filzah Dedah Masih Ada 4 Majlis Berbaki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments