Ibu kepada penyanyi Syamel khabarnya terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kekurangan oksigen dalam badan sejak seminggu yang lalu.
BACA: Hanya Enam Bulan Beroperasi, Restoran Ernie Zakri Dan Syamel Terpaksa Ditutup
Syamel yang dihubungi sebuah media memaklumkan bahawa ibu kesayangan, Wan Faaizah Karim,55, telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu dan kini ditempatkan dalam ICU.
View this post on Instagram
Suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu walau bagaimanapun menafikan ibunya itu ditidurkan kerana positif wabak COVID-19.
Katanya lagi, dia tidak pasti apakah penyebab ibunya tiba-tiba sahaja jatuh sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam hospital memandangkan syurganya itu tidak pernah mengalami kesihatan yang serius sebelum ini.
“Puncanya kami tidak tahu. Selama ini dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius. Ini kali pertama dia dimasukkan ke wad sepanjang hidupnya..”
Yang menjadi kekesalan buat Syamel adalah sehingga ke saat ini dia masih belum berpeluang untuk melawat ibunya kerana patuh akan prosedur operasi standard (SOP) hospital yang tidak membenarkan mana-mana pelawat untuk memasuki wad.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memohon agar peminat tampil mendoakan kesejahteraan ibunya untuk kembali pulih seperti biasa.
Terdahulu, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu ada berkongsi perihal ibunya yang terpaksa dimasukkan ke ICU dan ditidurkan kerana mempunyai masalah kekurangan oksigen dalam badan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Sudah Seminggu Di Unit Rawatan Rapi, Ibu Syamel Kritikal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments