Pelakon Zara Zya meminta setiap individu yang memohon bantuan daripadanya agar bersabar dan tidak mudah naik marah jika mesej permohonan masing-masing tidak dibalas dengan segera.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia menerima terlalu banyak hantaran mesej di akaun Instagramnya oleh individu yang memohon bantuan susu serta lampin pakai buang dan turut menerima mesej dari mereka yang meluahkan rasa marah kerana mesej yang dihantar masih tidak dapat balasan.
Jangan marah-marah. Mesej saja maklumat lengkap, InsyaAllah nanti bantuan akan sampai di depan pintu rumah anda.
View this post on Instagram
Pelakon yang kini sedang menggerakkan badan amal Malaysia Prihatin berkata dia tidak akan membalas mesej berkenaan sebaliknya akan terus menghantar bantuan pada yang memohon.
Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Korban Kasih itu turut meminta agar orang ramai untuk mendoakan dirinya dilimpah kurniakan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai individu yang memohon bantuan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Jangan Marah-Marah, InsyaAllah Bantuan Akan Sampai Depan Rumah..” – Zara Zya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments