#Hiburan: Kerap Luang Masa Bersama, Keith Foo Nafi Kembali Bersama Bekas Isteri

Sering meluangkan waktu bersama, ramai yang tertanya-tanya sama ada pelakon Keith Foo sudah pun berbaik dengan bekas isteri, Kim Raymond.

Advertisement

Pun begitu, pelakon lelaki itu tampil menegaskan bahawa mereka tiada perancangan untuk kembali bersama meskipun mempunyai hubungan yang baik.

Buat masa ini kami memang tiada perancangan ke arah itu sebab sudah selesa dengan kehidupan begini. Lagipun kami sedar mungkin jodoh sudah tertulis untuk tidak bersama, sebaliknya jodoh kami lebih kuat sebagai kawan karib.

Malah Keith memanjatkan rasa syukur kerana mereka berdua tidak mempunyai masalah walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

Jelas lelaki itu, mereka sering bertemu bagi meluangkan masa dengan anak tercinta, Skylar Raymond. Disebabkan jarak rumah yang berdekatan, lebih mudah untuk mereka berjumpa.

Keith juga mengakui bahawa dia dan Kim tidak mempunyai perasaan kekok apabila bersama memandangkan keduanya sudah berkawan lama.

Kami perlu ketepikan apa saja masalah yang berlaku sebelum ini sebab kami berdua yang bersepakat untuk mahukan anak, jadi perlu bersama untuk membesarkan Skylar dengan penuh kasih sayang.

keith foo kim raymond

Sekadar pengetahuan, Keith dan Kim bercerai pada 2019 selepas 4 tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun kini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kerap Luang Masa Bersama, Keith Foo Nafi Kembali Bersama Bekas Isteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments