Sehingga kini Malaysia masih menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semakin ramai rakyat hilang arah tuju.
BACA: (VIDEO) “Classy Tunku” – Gaya Hidup Mewah TMJ Buat Netizen Teruja
Malam tadi, Tungku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyatakan pendapat bahawa SOP yang ditetapkan pihak kerajaan ini patut dikaji semula secara holistik dengan data yang sahih.
TMJ meluahkan pandangan ini di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor dan berpandangan tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak relevan lagi selain statistik Covid-19 harian masih mencatatkan jumlah kes yang tinggi.
Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan.
Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan. – Titah Baginda.
Dalam pada itu, TMJ turut telah bertitah untuk pihak kerajaan negeri Johor untuk mempercepatkan proses vaksinasi Bangsa Johor dan berharap agar berjaya mengatasi pandemik ini.
The post Tunku Mahkota Johor Bertitah Henti Mengurung Rakyat & Patut Kaji Semula SOP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments