#Hiburan: “Tiada Paksaan Dalam Pengambilan Vaksin” – Emelda Rosemila Mahu Semua Tahu Hak Masing-Masing

Sejak kebelakangan ini, memang banyak isu yang didebatkan berkaitan vaksin. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil suntikan berkenaan bagi mencapai komuniti kelompok sekaligus mengekang wabak bahaya daripada terus merebak.

Advertisement

Para selebriti juga tidak terlepas memberikan pendapat mereka mengenai isu ini, ada yang menyokong, ada yang tidak. Terbaru, pelakon Emelda Rosemila turut berkongsi pendapatnya menerusi entri di IG Story. Menurutnya, tiada akta dalam Perlembagaan Negara yang menyatakan rakyat Malaysia wajib mendapatkan suntikan vaksin.

Sudah termaktub dalam undang-undang negara. Tiada paksaan dalam pengambilan vaksin.

Malah Emelda mengatakan bahawa syarikat juga tidak boleh memaksa para kakitangan di bawahnya untuk mengambil vaksin sekiranya mereka menolak.

emelda rosmilaSumber : Murai  

Emelda menegaskan bahawa setiap individu mempunyai hak masing-masing, jadinya tiada siapa yang boleh memaksa mereka untuk melakukan sebarang keputusan.

Kita ada hak sendiri. Kalau nak ambil sukarela, bukan paksa rela. Kalau ada kesan sampingan, tanggung sendiri.

Wanita itu mengemukakan Akta 342 Akta Pencegahan & Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 di mana setiap individu yang menolak vaksin untuk COVID-19 tidak boleh dikenakan sebarang hukuman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)

Dalam pada itu, pelakon itu meminta supaya golongan divaksin dan golongan yang tidak mahu divaksin supaya berhenti bertikam lidah dan buat sahaja keputusan mengikut kehendak sendiri.

Memang penting ikut kehendak sendiri tapi lebih baik beri keutamaan pada kepentingan semua.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tiada Paksaan Dalam Pengambilan Vaksin” – Emelda Rosemila Mahu Semua Tahu Hak Masing-Masing first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments