Penyanyi Ezad Lazim di uji sekali lagi selepas berdepan dengan masalah sinus hujung Jun lalu, kini penyakit Gerd yang dihadapinya sejak tujuh tahun yang lalu kembali semula.
BACA: Ezad Lazim Masuk Hospital Lagi : Alami Simptom GERD
Ketika dihubugi oleh mStar, isterinya iaitu Zeana Ramli berkata penyanyi tersebut terpaksa menjalani pembedahan di pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada pagi ini.
Ezad akan dibedah pukul 9 pagi nanti… dia memang dah tak tahan sangat sebab itu dia bersetuju untuk buat pembedahan.
Dia muntah-muntah sejak semalam (Rabu), terus saya bawa dia ke hospital dan kami buat swab test Alhamdulillah keputusan negatif dan saya boleh teman dia di wad sehingga selesai pembedahan.
Tambahnya lagi, Ezad terpaksa berpantang dengan hanya memakan bubur dan makanan yang berkisar sahaja selama sebulan selain daripada berdepan dengan risiko masalah suara.
Dalam pada masa yang sama, Zeana turut mengharapkan agar peminat Ezad untuk kekal berdoa buat kesihatan suaminya dan pembedahan berjalan dengan lancar.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Penyakit Lama Kembali, Ezad Lazim Jalani Pembedahan GERD first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments