Gara-gara penampilan terkini penyanyi Hafiz Suip yang semakin kurus dan cengkung, penyanyi lagu Awan Nano itu berkata bahawa dia sering menerima soalan berbaur negatif daripada individu tertentu.
Ujar Hafiz, dia berasa tertekan apabila diaju soalan mengenai pengambilan bahan terlarang seperti dadah sehingga menyebabkan dirinya kurus, tidak seperti dahulu.
View this post on Instagram
Hafiz walau bagaimanapun menegaskan bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan sihat walafiat.
Kalau betul-betul ambil berat, hubungi saya dan tanya secara personal. Bukannya terus menilai dan cakap eh Hafiz kurus..ni mesti kancing ini, mesti dadah, ni mesti family tak bagi makan. Macam-macam saya terima! Saya akui stress apabila ditanya begini. Saya manusia biasa..status artis dan nyanyian hanya kerjaya saya.
Dia meluahkan mengenai perkara itu ketika sidang media yang dilakukan secara maya bagi mempromosikan lagu baru berjudul Berakhirlah Pencarianku di mana Hafiz telah tampil berduet bersama Ernie Zakri.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia kini tertanya-tanya sejauh mana keikhlasan orang ramai yang kononnya mengambil berat tentang mengenai kesihatan tubuh badannya.
“Apa sebenarnya yang orang ambil berat? Sebab asyik tanya tentang sakit. Kita ni manusia, lama-lama boleh jadi mental..kita pun sakit kerana kata-kata tu kan doa..” luah Hafiz lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Makin Cengkung, Hafiz Suip Stress Dituduh Ambil Bahan Terlarang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments