#Hiburan: Kena ‘Scam’ Dengan Datuk Seri Palsu, Fizz Fairuz Rugi RM18,000

Pelakon Fizz Fairuz memaklumkan bahawa dia kini menanggung kerugian kira-kira RM18,000 setelah diperdaya oleh seorang individu kononnya berstatus Datuk Seri yang membuka tender kontrak pembersihan menggunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Ujar Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin,42, dia telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Kuala Lumpur jam 1.30 petang Rabu berkenaan kes tersebut.

Advertisement

BACA: “Kerajaan Tak Gagal, Yang Gagal Kita Kot!” – Fizz Fairuz

Katanya lagi, dia telah mendapat tawaran daripada individu tersebut iaitu ‘open tender’ bagi kerja pembersihan daripada DBKL untuk tempoh dua tahun yang sepatutnya bermula pada bulan ini.

Advertisement

“Saya akui memang silap sebab terlebih dahulu bank in wang berjumlah RM18,000 iaitu 10 peratus daripada bon yang perlu dibayar untuk dapatkan tender tersebut tanpa ada surat hitam putih. Apabila saya cuba hubungi lepas bank in pada pertengahan Jun, dia tidak menjawab. Hampir sebulan saya tunggu maklum balsa tapi tiada.”

Pelakon drama Kamar Kamariah ini juga memberitahu bahawa suspek telah pun ditahan reman di IPD Kajang di atas dakwaan yang sama setelah beberapa jam dia membuat laporan polis.

Fizz dalam pada itu memberitahu bahawa individu tersebut pandai ‘bercakap’ dan pandai memanipulasi orang namun bersyukur suspek telah ditahan.

Sementara itu, suami kepada pelakon Almy Nadia turut berharap dapat bertemu muka dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur atauapun Menteri Wilayah Persekutuan berikutan penipuan yang dilakukan telah mempergunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sudah pun berleluasa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kena ‘Scam’ Dengan Datuk Seri Palsu, Fizz Fairuz Rugi RM18,000 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments