Pelakon Redza Minhat luah rasa marah apabila masih terdapat juga golongan yang menolak untuk dari terima vaksin sedangkan kes COVID-19 di negara kian hari semakin meningkat.
BACA: “Tak Payah Paksa Orang Tua-Tua Ambil Vaksin..” Rita Rudaini Dituduh Anti-Vaksin Oleh Netizen
Menerusi ciapan pelakon tersebut di akaun Twitternya, dia menanggap golongan anti-vaksin ini sebagai toksik dan hanya sia-sia untuk dilayan kerana sudah hampir dua tahun negara menghadapi pandemik ini, pelbagai info telah disalurkan kepada rakyat.
Tidak perlu fikir dua kali, kumpulkan mereka dan pulaukan! Sudah hampir dua tahun maklumat mengenai vaksin ada di merata-rata tempat. Jangan buang masa dengan melayan toksik.
the group you should block secara berjemaah amid this pandemic, is the anti-vaxxers. No two way about it. Group them together, cordon them off. It’s been almost two years, information about vaccine is everywhere, don’t waste your time with toxicity.
— morello (@rdzaminhat) July 26, 2021
Dalam pada yang sama, Redza turut mengungkapkan rasa kecewa apabila golongan anti vaksin ini mengambil kesempatan dan cuba untuk mengaut keuntungan.
Yang paling teruk, ada anti vaksin yang mengambil peluang mengaut keuntungan dengan menjual produk-produk tidak berguna yang hanya akan dibeli oleh monyet! Jadi.. block!
Di ciapan yang seterusnya, Redza turut menyelar individu-individu yang mendakwa vaksin tidak efektif berbanding dengan produk jualan yang dijual oleh mereka.
Jadi, bagi yang sudah mendaftar dan telah mendapat tarikh untuk divaksin, sila jalankan tanggungjawab anda dan sama-sama kita menangani penularan COVID-19 di negara ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Kumpulkan Mereka Dan Pulaukan!” – Redza Minhat Selar Golongan Anti Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments