#Hiburan: Nabila Huda Dipilih Sebagai Pengacara Baru Melodi

Sebelum ini pihak Molodi telah mengumumkan sedang mencari pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick untuk mengacara program itu dan akhirnya pelakon, Nabila Huda telah dipilih.

BACA: Awal Dan Janna Tidak Lagi Mengacara Melodi, Sidang Media Khas Diadakan Minggu Depan

Advertisement

Memetik dari laporan Harian Metro, mereka telah menerima jemputan media yang memaklumkan TV3 akan mengadakan sidang media pada Isnin ini untuk mengumumkan pengacara baru bagi program Melodi, Muzik dan Nona.

TV3 pada waktu ini sedang melakukan rombakan penyiaran yang bermula pada Ogos ini membabitkan tiga program di atas.

Menariknya, Nabila Huda turut akan ada bersama dalam sidang media terbabit dalam sesi Melodi. Bukan itu sahaja, pelakon Mira Filzah turut diumumkan sebagai pengganti pengacara Nona dan penyanyi Sissy Imann akan mengacara program Muzik-Muzik.

Advertisement

 

 

Jadi, peminat-peminat Awal dan Janna bolehlah saksikan Melodi pada hari Ahad yang merupakan penampilan terakhir mereka sebagai pengacara Melodi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nabila Huda Dipilih Sebagai Pengacara Baru Melodi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments