Mengetahui filem terbitannya, Ada Apa Dengan Dosa (AADD) dijual secara cetak rompak di platform e-dagang popular, penerbit Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh zahir rasa berang.
Menurutnya perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan filem tersebut bernilai jutaan ringgit.
“Bayangkan, saya mengeluarkan modal berjuta, tiba-tiba segala usaha dan penat lelah saya seakan tidak bernilai selepas filem itu dijual semurah RM1 di platform terbabit!”
Ujar Ayu, beliau turut berasa terhina dan kecewa dengan situasi cetak rompak ini. Hal ini demikian kerana, biarpun ia telah wujud sejak sekian lama, namun sehingga kini masih berleluasa.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi di platform e-dagang yang ternama.”
Selain menyeru orang ramai supaya menonton filem AADD menerusi saluran yang betul, Ayu bagaimanapun dilihat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kesalahan tersebut.
“Saya ada hak nak cakap dan suarakan pendapat kerana ia terkena kepada batang hidung saya sendiri. Biarpun saya masih baru, baru lebih kurang 10 tahun dalam industri, saya mahu pertahankan hak saya.”
Untuk rekod, filem AADD ni bakal bersiaran di pawagam pada 10 September ini. Selain filem terbitannya berdepan situasi kurang enak, filem Keluarga Iskandar The Movie juga antara yang dicetak rompak di platform e-dagang tersebut.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments