Mengimbau kenangan lamanya sewaktu membesar di sebuah rumah jenis pangsa kos rendah di Pulau Pinang, pelakon jelita Faezah Elai akui kehidupan sebagai ‘budak flat’ sebenarnya cukup meriah lebih-lebih lagi apabila setiap kali tibanya musim perayaan.
Faezah juga dilihat seakan tidak segan menceritakan kembali kisah yang sering terjadi ketika menetap di kediaman tersebut.
“Saya budak flat. Flat Taman Tun Sardon Penang. Siapa balik flat raya baru ni? Duduk flat ni meriah woo! Terutamanya masa raya. Kalau ada yang bergaduh laki bini, memang satu flat boleh dengar.”
Tambah Faezah, kehidupan di flat juga membuatkan dirinya sering berdepan dengan pelbagai ragam manusia khususnya jiran-jiran sekeliling. Bahkan, situasi itu secara tidak langsung membuatkan dia mula belajar menjadi ‘mami jarum’ sebenar.
“Saya dan kakak dengan bedak sejuk tepek kat muka, duduk cangkung di tepi tangga dengar mereka bergaduh..pasal apa tak tahu, lupa dah. Saya punya ‘bawanglah’ ketika itu. Kamilah mami jarum sebenar.”
Bagaimanapun, perkongsian Faezah mengenai kehidupannya membesar di flat itu turut menerima reaksi positif dalam kalangan pengikut di laman Instagram. Malah ramai peminatnya juga seakan memuji tindakan Faezah yang tidak segan mengakui asal usul dirinya biarpun kini boleh dikategorikan sebagai insan yang berjaya dalam industri hiburan.
Untuk rekod, Faezah telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011. Hasil eprkongsian hidup tersebut, pasnagan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments