Seorang penyanyi rap yang berkasar dnegan seorang atendan stesen Petronas didenda RM 2,800 hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Muhammad Raziq Rosli, 21, atau lebih dikenali sebagai Zynakal, mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan mangsa dan menghalang polis menjalankan tugas.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali mendeda tertuduh sebanyak RM 800 dan RM 2,000 di bawah pertuduhan tersebut.
Mahakamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.
Zynakal dituduh menyebabkan kecederaan kepada warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di stesen petrol Petronas Pandan Prima di Ampang pada pukul 3.00 petang, 28 Ogos.
Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Dia juga dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis disebabkan enggan menunjukkan kad pengenalannya apabila diminta berbuat demikian.
Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM 10,000 jika disabitkan kesalahan.
Pada mulanya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayua agar hukuman diringankan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai penulis lirik dan pencipta lagu. – beautifulnara.com via NST
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments