Penyanyi rap Caprice dikenali sebagai seorang yang lantang memberikan komen dan pandangannya berkaitan isu semasa yang hangat diperkatakan.
Baru-baru ini, dia ada memberikan pendapat mengenai kehadiran penceramah, Dr Zakir Naik di Kelantan minggu lalu. Caprice menerusi sebuah video mempersoalkan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan pada majlis cerah tersebut.
Kritikan Caprice didakwa menghina rakyat Kelantan apabila mengatakan masyarakat di negeri itu sering terpalit dengan perkara negatif.
Tidak pandai Bahasa Inggeris, banyak
kes dadah dan buang bayi
Rakyat Kelantan tersinggung, NGO
buat laporan polis
Kesal dengan kenyataan Caprice yang disifatkan terlalu ego dan penuh penghinaan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kumpulan Anak Kelantan Prihatin (KUKP), telah membuat laporan polis terhadapnya.
Caprice Mohon Maaf
Terbaru, Caprice menerusi akaun Instagramnya tampil memohon maaf kepada Kumpulan Anak Muda Kelantan dan rakyat Kelantan terhadap kenyataannya sebelum ini. Caprice berkata dia bersedia bekerjasama dengan NGO Anak Muda Kelantan untuk membantu ummah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments