#Hiburan: Safiey Illias Selamat Jalani Pembedahan Buang Silikon

Membuktikan kata-katanya untuk berhijrah menjadi seorang lelaki sejati bukanlah sekadar omong kosong, Safiey Illias telah pun selamat menjalani pembedahan untuk membuang silikon di dadanya. Alhamdulillah. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif dan sangat dialu-alukan.

safiey illias
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Safiey Ilias menerusi akaun Instagramya. Berdasarkan informasi, pembedahan tersebut telah berlangsung di Hospital Kuala Lumpur.

safiey illias

Walaupun pada mulanya netizen skeptikal dengan kata-katanya, tindakan Safiey kali ini membuktikan bahawa dia benar-benar serius ingin menjadi lelaki sejati. Jadi janganlah kita menghina, memandang rendah dan melemparkan kritikan kepadanya. Sebaik-baiknya kita berikan semangat agar dia terus tabah dan tidak tergoda memasuki kancah kewanitaan semula.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments