Penerbitnya Fadzil Zahari, meluahkan rasa kecewa dengan kecaman orang ramai terhadap karyanya. Jangan cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui pengisian sebenar dan mesej yang cuba disampaikan. Sepatutnya tonton dahulu, barulah kritik.
Saya tiada kuasa untuk menghalang orang mencaci maki saya atau mengheret sekali keluarga saya masuk neraka, di laman sosial. Tetapi, saya berharap mereka yang mudah membuat penilaian sendiri itu tengok dahulu drama terbabit sebelum menghukum orang lain.
Maklumat diperoleh mereka hanya daripada sekeping gambar, yang didakwa seorang individu sebagai babak hubungan songsang dalam pusat berkenaan, sedangkan ia bukan seperti diperkatakan.
Kredibiliti RTM sendiri, sebagai stesen televisyen paling lama di negara ini, selain mempunyai panel penapisan, juga seharusnya diyakini kerana sudah pasti ia takkan diluluskan andai melanggar syarat.
Terdahulu, ramai yang mempertikaikan kenapa perlu ada drama dengan tema sebegitu, menyifatkanya memberi imej buruk kepada Islam serta memberi impak negatif terhadap sekolah tahfiz.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments