Nama jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, bar-baru ini dia sekali lagi dikecam netizen apabila memuat naik video rakan baiknya, Nur Sajat bergelek sakan.
Video itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas PU Amin menjelaskan hukumnya adalah haram melihat video Sajat gelek. Perbuatan itu mampu merosakkan akhlak orang Islam terutama sekali anak-anak muda.
Aliff gelar PU Amin ‘poyo’
Seperti biasa, Aliff pasti tidak akan berdiam diri. Meluahkan rasa bengang ditegur, menggelar PU Amin ‘poyo’ dan mahu bertemu empat mata dengan pendakwah itu untuk berbincang.
Macam kau bagus sangat nak kata
orang ‘poyo’, langsung tak boleh
terima teguran
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Aliff itu tidak beradab. Kenapa tidak boleh terima teguran sedangkan apa yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri, melakukan perkara yang mengundang kecaman.
Kita semua tahu Aliff begitu kebal dengankecaman. Segala nasihat dan teguran ibarat mencurah air ke daun keladi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments