#Hiburan: Kalau Ada Yang Tidak Suka, Saya Minta Maaf – Nadia Brian

Abang Nara suka dengan ketenangan Nadia Brian menjawab kontroversi fesyennya di KLFW yang dikatakan mempersenda agama Islam. Tak ada nak marah-marah, tak ada nak melenting dan terus memohon maaf jika ada pihak yang tidak menyukai cara pemakaiannya itu. Ini satu contoh yang sangat bagus agar kontroversi yang tercipta tidak berterusan. Tahniah buat Nadia!!!

nadia brian

Kata Nadia Brian:-

Saya minta maaf andai ada pihak yang berpandangan sedemikian, cuma kalau nak tegur tue harapnya diberikan dengan cara baik. Apapun saya suka dengan persalinan tersebut. Cuma biasalah ada yang suka dan sebaliknya. Kalau ada yang tidak suka, saya minta maaf.

Kalau dikatakan seksi, sudah beberapa kali orang memperkatakan mengenainya. Malah mengenai pemakaian, famili juga tahu. Cuma kalau seksi itu, ia bukanlah gaya yang nampak ‘cheap’. Kalau ada yang tak suka tue, saya sekali lagi minta maaf, seterusnya cuba yang lebih baik dari sebelumnya, Insya Allah.

Bagi saya seksi itu suatu yang subjektif. Sebagai perempuan, mesti kita mahu berhias tetapi tidaklah keterlaluan. Asalkan keluarga dan tunang tahu, itu sudah memadai.

nadia brian

Mengakui kesilapan, memohon maaf dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik adalah satu perkara yang sukar dilakukan oleh mana-mana pihak. Jadi respek kepada Nadia Brian yang telah berjaya melakukan ketiga-tiga perkara ini. Apa pun, ada netizen yang memaklumkan bahawa gaya Nadia itu adalah satu kebiasaan di zaman 80-an dan sarung kepala yang dipakai adalah “scarf”, bukannya tudung. Gaya tersebut pernah dipopularkan oleh pelakon Hollywood, Audrey Hepburn satu ketika dahulu. Sumber Media Hiburan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments