Amboi, amboi, amboi. Belum apa-apa Fizo Omar sudah menunjukkan kematangan, kerendahan diri dan sikap menghormati orang tua. Mana tidaknya, bekas suami kepada Mawar Karim ini telah menelefon ayah Hawa Rizwana untuk memohon maaf kerana komen yang ditulis di Instagram pembaca berita tersebut menjadi viral baru-baru ini.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Fizo Omar ini harus dicontohi oleh kita semua. Daripada membiarkan informasi tidak tepat bertebaran dan sampai ke telinga ayah Hawa Rizwana, baiklah empunya diri terus membuat penjelasan, sekaligus mengelakkan berlakunya salah faham. Kata Hawa:-
Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu.
Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya.
Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu
Dengan statusnya sebagai seorang duda, Fizo Omar nampaknya perlu lebih berhati-hati di masa hadapan apabila ingin menulis sesuatu di media sosial, lebih-lebih lagi jika si penerima komen itu adalah seorang gadis. Iyerlah netizen sekarang cepat sangat buat spekulasi. Mungkin kita tulis tanpa sebarang niat mengorat, tapi orang lain boleh salah anggap. Apa pun, ini bermakna Hawa masih single dan solo, jadi masih ada peluang untuk yang nak mencuba nasib. Selamat berjaya diucapkan!!! Sumber Berita Harian.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments