Kumpulan K-pop paling popular di dunia, BTS mengumumkan akan berehat untuk tempoh yang panjang daripada industri muzik.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman Twitter agensi pengurusan mereka iaitu Big Hit Entertainment. BTS buat kali pertama akan berehat panjang selepas kemunculan mereka pada tahun 2013.
Tempoh percutian tersebut membolehkan BTS untuk menikmati kehidupan seharian seperti manusia biasa setelah berpenat lelah membina kerjaya mereka bukan sahaja di Korea, tetapi mencipta kejayaan mengungguli carta di Amerika Syarikat dan Britain.
Agensi tersebut juga meminta agar peminat tidak bertindak keterlaluan sekiranya terserempak dengan mana-mana ahli BTS ketika bercuti. Janganlah mengganggu privasi mereka.
Terdahulu, BTS dijangka akan mengadakan persembahan di Arab Saudi pada Oktober ini. Kami harap peminat BTS janganlah sedih, bagilah mereka peluang untuk menikmati kehidupan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments