#Hiburan: Teringin Melawat Taiwan? Ini Senarai Hotel, Restoran, Aktiviti & Lokasi Best Untuk Memudahkan Percutian Anda

Baru-baru ini, Abang Nara ada berkongsi tentang beberapa makanan halal yang WAJIB dicuba sekiranya anda terbang ke Taiwan.  Ha, hari ini Abang Nara nak cerita lagi pasal Taiwan, sebab memang banyak tempat menarik, aktiviti-aktiviti “outdoor”, hotel yang Muslim-friendly dan restoran halal yang boleh diterokai apabila anda menjejakkan kaki ke Taiwan, terutamanya bandar Taipei, Taichung dan Kaohsiung. Untuk geng-geng Instafamous pun ada lokasi cun melecun yang akan membuatkan gambar anda nampak superb meletup!!! Jom baca.

visit taiwan taipei 101

Memang kebabom la kalau upload kat Instagram gambar anda berlatarbelakangkan Taipei 101. Confirm dapat ribuan LIKES!

Hotel Muslim-friendly di Taiwan

  1. Hotel Papa Whale

papa whale hotel taiwan locationTerletak di tengah-tengah Ximending yang terkenal sebagai syurga membeli-belah, Hotel Papa Whale menyediakan tempat makan berasingan yang mempunyai sijil halal untuk pelawat Muslim. Senang sikit nak isi perut sebelum dan selepas berjalan-jalan mengelilingi Taiwan. Sebagai bonus, anda hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit untuk ke MRT Taipei’s Main Station.

Alamat: No.46, Kunming St., Wanhua Dist., Taipei City 108, Taiwan

Nombor telefon: +886-2-2331-1177

  1.  Taichung Stay Hotel Zhongqing

Taichung Stay Hotel Zhongqing halal Menyediakan sarapan pagi halal, anda boleh menikmati keunikan dan kesibukan “North District” Taiwan apabila menempah hotel ini. Turut disediakan ialah wi-fi percuma, tempat menyimpan beg dan mesin basuh.

Alamat: No. 63, Section 1, Zhongqing Road, North District

Nombor telefon: +886-4-2208-3888

  1. City Suites (Kaohsiung Chenai)

City Suites Kaohsiung Chenai hotel

Hotel yang terletak di bandar Kaohsiung ini mempunyai dapur dan restoran yang diiktiraf halal sekaligus memudahkan anda menjamu selera pada bila-bila masa. Selain itu, ia terletak hanya 7.8 kilometer dari lapangan terbang Kaohsiung International Airport (KHH). Senang la nak angkut beg bila percutian anda tamat kelak.

Alamat: No. 1, Dayi St, Yancheng District, Kaohsiung City, 80343

Nombor telefon: +886-7-521-5116

  1. Evergreen Laurel Hotel Taichung (5 Star)

evergreen laurel hotel taichung taiwan 5 star hotel

 Kalau anda mempunyai bajet lebih, bolehlah menempah Evergreen Laurel Hotel di Taichung ini. Bertaraf 5 bintang, hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti wi-fi, kedai cenderahati dan paling penting, makanan halal. Hotel ini terletak berdekatan dengan Xitun District, yang popular dengan Taichung Science Park.

 Alamat: No. 666, Section 2, Taiwan Boulevard, Xitun District, Taichung City, Taiwan 407

Nombor telefon: +886 4 2313 9988

  1. Lichia Royal Garden Hotel

lichia royal garden hotel taiwanSekiranya anda inginkan hotel dengan rekaan unik dan menarik, Lichia Royal Garden Hotel yang terletak di Taichung ini adalah pilihan terbaik. Jaraknya hanya 13.4 kilometer sahaja dari Taichung Airport. Paling menarik, di dalam hotel ini ada sebuah taman untuk tempat anda merehatkan diri selepas penat berjalan sepanjang hari.

Alamat: No. 111, Gongyi Road, West District, Taichung City, Taiwan 403

Nombor telefon: +886 4 2305 7581

Selain 5 hotel di atas, ada banyak hotel di sekitar Taipei, Taichung dan Kaohsiung yang Muslim-friendly serta berdekatan dengan restoran halal seperti HTL – Red Maple Boutique Hotel, KHH Gear Hotel, 85 Sky Tower Hotel dan The Gaia Hotel. Untuk senarai penuh, korang boleh layari https://taiwanhalal.com/halal-hotel-taiwan.html  dan pilih mana satu yang berkenan di hati.

Restoran Halal di Taiwan

  1.  Kunming Islamic Restaurant, Taipei City

Kunming Islamic Restaurant Taipei

Telah dibuka sejak 19 tahun lalu, Kunming Islamic Restaurant menyediakan pelbagai jenis masakan seperti India, Pakistan , Timur Tengah, Asia Tenggara dan Yunnan (China). Berdasarkan pembacaan Abang Nara, nasi beriani ayam restoran ini adalah antara yang terbaik anda boleh nikmati di Taiwan. Pastikan anda datang ke restoran ini dengan perut kosong supaya boleh mencuba pelbagai menu yang ada.

Kunming Islamic Restaurant halal

Alamat: No.26, Lane81, Fuhsing N. Rd., Taipei, Taiwan

Nombor telefon: +886-2-2751-6776

  1. Safranbolu Turkish Restaurant, Taipei City

>Safranbolu Turkish Restaurant, Taipei City

Ha mesti anda tak sangka ada restoran Turki di Taiwan kan? Safranbolu Turkish Restaurant ini memang sangat terkenal di kalangan pelancong dan rakyat Taiwan yang ingin merasai keenakan sebenar juadah Turki. Kebab, doner, hummus dan kopi Turki adalah antara menu yang wajib anda cuba.

restoran turki halal taiwan

Alamat: No. 60, Section 2, Nanjing East Road, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan

No Telefon: +886-2-2522-2939

  1. Ice Monster, Taipei City

ice monster taipei

Seharian berjalan pasti membuatkan tekak anda kering dan dahaga kan? Jangan risau sebab di Taipei ada Ice Monster yang menyediakan ais kepal yang pasti akan menyejukkan badan anda. Ada pelbagai perisa seperti manga, kacang merah dan oren. Untuk makluman, Ice Monster pernah tersenarai di dalam CNN sebagai World’s Top 100 Dessert yang wajib dicuba. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai keunikannya apabila anda berada di Taiwan.

manisan taipei ice monsterAlamat: No. 297, Section 4, Zhongxiao East Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan

No Telefon: +886 2 8771 3263 

  1. Little India Muslim Restaurant, Taichung

Little India Muslim Restaurant, Taichung

Buat anda yang teringin nak makan makanan India authentik dan lazat, Little India Muslim Restaurant adalah pilihan terbaik. Mula bertapak di Taiwan sejak 2008, ayam tikka, ayam tandoori, kari daging dan roti di restoran ini bakal membuatkan anda kekenyangan. Sekali dah cuba, confirm akan datang lagi.

makanan muslim taiwan halal Alamat: 60, BoGuan 3rd St. West District, Taichung, Taiwan

No Telefon: +884 2326-1425

  1. Chen Lili Indonesian Restaurant, Kaohsiung

Chen Lili Indonesian Restaurant, Kaohsiung TaiwanHalal, murah, sedap dan mengenyangkan. Itulah pengalaman mereka yang pernah menikmati juadah Indonesia di Chen Lili Restaurant ini. Antara menu yang disediakan ialah gado-gado, ayam rendang dan satay. Boleh cuba sekiranya anda menetap di kawasan Kaohsiung.

Alamat: No. 276, Wufu 4th Road, Yancheng District, Kaohsiung City, Taiwan 803

No Telefon: +886 7521 3138

 Aktiviti “outdoor” di Taiwan

  1. Ten Drum Wenhua Village

Ten Drum Wenhua Village

Jangan lepaskan peluang untuk belajar bermain alat muzik tradisional yang cukup popular di Taiwan iaitu drum di Ten Drum Wenhua Village. Anda akan melihat terlebih dahulu persembahan daripada mereka yang professional sebelum mencuba memukul drum dengan tunjuk ajar daripada mereka. Selain itu, anda boleh habiskan tenaga bermain gelongsor yang sangat-sangat tinggi. Confirm berdebar jantung dibuatnya.

Ten Drum Wenhua Village aktivitipermainan gelongsorAlamat: No. 326, Section 2, Wenhua Road, Rende District, Tainan 700, Taiwan

  1. Qingjing Farm

Qingjing Farm

Cintakan haiwan? Ingin sesuatu yang luar biasa? Nak melihat kambing biri-biri secara up close and personal? Udara nyaman dan pemandangan memukau yang penuh dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan menanti anda di Qingjing Farm. Kalau anda bercuti bersama anak-anak, tempat ini memang WAJIB dilawati. Confirm diorang akan gembira menghabiskan masa seharian di sini.

bermain dengan haiwan di Qingjing Farm Taiwan

Alamat: No. 170, Renhe Road, Ren’ai Township, Nantou County, Taiwan 546

  1. Shifen Old Street

Shifen Old Street taiwan

Salah satu lokasi wajib yang anda harus jejaki apabila bercuti di Taiwan ialah Shifen Old Street. Di sini anda boleh menerbangkan tanglung di atas laluan keretapi selepas menulis impian, harapan dan cita-cita anda di atas tanglung tersebut. Anda pasti teruja melihat tanglung terbang tinggi membawa doa anda ke atas langit. Diingatkan anda perlu berhati-hati sebab keretapi akan lalu pada bila-bila masa. Sila patuhi arahan yang dikeluarkan ketika berada di sini.

tanglung shifen old street taiwanAlamat: 226, Taiwan, New Taipei City, Pingxi District, Taiwan

Tempat best untuk geng Instafamous

  1.  Yangmingshan National Park

Yangmingshan National Park Taiwan

Salah satu daripada 9 taman negara di Taiwan, Yangmingshan National Park menjanjikan gambar dengan latarbelakang penuh bunga untuk dimuatnaik ke Instagram anda. Anda boleh menaiki bus untuk sampai ke taman yang dipenuhi dengan hot springs dan kristal sulfur ini. Jangan lupa untuk pakai kasut sukan sebab anda perlu banyak berjalan untuk meneroka kawasan ini.

pemandangan Yangmingshan National Park

 Alamat: No.1-20, Zhuzihu Rd., Beitou District, Taipei City (Yangmingshan)

  1. Shifen Waterfall

Shifen Waterfall Taiwan

Setinggi 40 meter, pemandangan di Shifen Waterfall ini pasti akan membuatkan anda teruja. Dengan hutan penuh kehijauan sebagai latarbelakang, memang ia lokasi sempurna untuk gambar yang membuatkan pengikut Instagram anda melopong kekaguman. Nak lagi best bawak drone untuk ambil gambar dari atas. Serius cantik!!!

air terjun Shifen Waterfall TaiwanAlamat: 226, Taiwan, New Taipei City, Pingxi District, Taiwan

  1. Gaomei Wetlands

Gaomei Wetlands

Dengan keluasan 1,500 hektar, Gaomei Wetlands dipenuhi lebih daripada 120 spesies burung, kincir angin dan tempat terbaik untuk melihat matahari terbit. Anda juga boleh berjalan kaki di pesisiran pantai sambil menikmati kicauan burung yang pelbagai. Bab gambar tak perlu cerita. Confirm cantik-cantik dengan latarbelakang yang awesome.

lokasi menarik Gaomei Wetlands Taiwan

Alamat: Qingshui Dist, Taichung City 436, Taiwan

  1. Chimei Museum

Chimei Museum

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di hadapan Chimei Museum yang sangat-sangat unik rekaannya. Boleh buat macam-macam gaya mengikut kesesuaian. Di dalam muzium ini pula dipenuhi dengan pameran kesenian, lukisan, alat muzik, senjata lama dan sejarah Taiwan. Jangan lupa untuk bergambar di jambatan di hadapan muzium ini terutama di kala matahari terbenam. Memang superb gambar anda kelak!!!

bergambar di Chimei Museum Taiwan

Alamat: No. 66, Section 2, Wenhua Road, Rende District, Tainan City, Taiwan 71755

  1. The Pier 2 Art Center

The Pier 2 Art Center Taiwan

Dikenali sebagai tempat paling berwarna-warni di Kaohsiung, The Pier 2 Art Center dipenuhi dengan lukisan-lukisan di dinding, bangunan-bangunan dengan rekaan unik dan pelbagai hasil seni yang memukau. Memang ia antara tempat terbaik untuk bergambar kerana banyak tarikan awesome di sini. Silap-silap sampai habis memory kamera anda nanti. Pastikan bateri telefon anda telah dicas sepenuhnya kerana anda pasti akan menghabiskan masa seharian di sini.

 Kaohsiung, The Pier 2 Art Center

Alamat: No. 1, Dayong Road, Yancheng District, Kaohsiung City, Taiwan

Fuh. Tengok gambar pun dah teruja nak melancong ke Taiwan kan? Ha, sebenarnya banyak je lagi lokasi-lokasi best sekitar Taipei dan Kaohsiung tapi tak akan Abang Nara nak senaraikan semuanya kan? Korang kenalah beli tiket AirAsia ke Taiwan hari ini jugak untuk rasai sendiri pengalaman di negara yang sangat-sangat Muslim-friendly ini. Sekarang ini AirAsia sedang mengadakan promosi termasuk cukai dan caj tambahan untuk ahli BIG sahaja dan pembayaran melalui BigPay.

Bermula dari sekarang sampailah ke 11 Ogos ini, anda boleh dapatkan tiket penerbangan AirAsia serendah RM274 dari Kuala Lumpur ke Taipei. Korang boleh book awal-awal dan peram tiket tu, jadi kalau nak fly pada 29 Febuari 2020 pun boleh!

Maklumat lanjut tentang terma dan syarat tempahan tiket AirAsia, layari LINK ini. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita bergembira di Taiwan!!!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments