Walaupun belum ditayangkan, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang diterbitkan oleh suami Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari telah dikritik dan dikecam dengan teruk sekali oleh netizen. Telefilem yang menampilkan Syafie Naswip sebagai seorang pengamal LGBT menimbulkan kontroversi selepas seorang ustaz mendakwa drama tersebut menghina institusi tahfiz tanpa menontonnya terlebih dahulu.
Susulan cemuhan tersebut, pihak penerbit telefilem ini telah menjemput Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Kamilin, Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor, PU Hafiz dan ramai lagi ilmuan agama untuk menonton drama ini agar segala tohmahan tersebut dapat disangkal. Agak menyedihkan apabila Yana Samsudin telah memaklumkan bahawa ahli keluarganya turut sama dihina, dicaci dan dihukum masuk neraka kerana drama ini. Sampai sebak Yana Samsudin dibuatnya.
Perasaan sebak, hiba dan syukur bersilih ganti dirasai sepanjang tayangan tertutup di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sejak naskhah drama itu dijadikan polemik, pelbagai kecaman dilemparkan kepada seluruh produksi, terutama suami, Fadzil Zahari selaku penerbit.
Ada yang masih tidak berhenti mencemuh, malah menuduh kononnya kami tidak berbuat apa-apa, sedangkan pelbagai usaha kami lakukan untuk mencari jalan penyelesaian. Saya difahamkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah berulang kali mengadakan tayangan untuk panel dalaman dan pengkritik menilai setiap sudut penerbitan drama itu.
Apabila berpeluang bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan wakil agensi lain, hati saya terusik mengenangkan keikhlasan mereka membantu kami
Keputusan sama ada telefilem ini boleh ditayangkan atau diharamkan bakal diketahui tidak lama lagi. Namun menurut Dr Kamilin, telefilem ini tidak mempunyai unsur negatif seperti yang dibangkitkan. Kata beliau:-
Babak Hamid berada di pondok tahfiznya hanya pada awal cerita ketika menggambarkan situasi Hamid yang berusaha mencari ruang buat dirinya bertaubat. Saya tidak melihat ada unsur ‘serangan’ pada institusi tahfiz. Buli memang wujud pada mana-mana tempat yang masih ‘melekat’ budaya buli pelajar baru. Saya kira ramai bersepsi sedemikian kerana gambar berserban seperti kes Polis Evo 2 sebelum ini.
Netizen sekarang ini begitu cepat membuat kesimpulan sendiri tanpa melihat bukti sepenuhnya terlebih dahulu. Malah lebih menakutkan ada yang berani mereka cerita walaupun tidak tahu hujung pangkal dan tidak berada di tempat kejadian. Semua ini sanggup dilakukan semata-mata untuk menjadi viral, tanpa memikirkan impaknya kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kalau nak bagi kritikan, kenalah tonton telefilem ini terlebih dahulu. Jangan sekadar bagi pendapat berdasarkan informasi yang terhad. Tak gitu?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments