Kemunculan penyanyi Sufian Suhaimi yang membuat kejutan istimewa buat pelakon Jasmine Suraya baru-baru ini mendapat perhatian ramai. Timbul gosip bibit percintaan mula berputik antara mereka berdua apabila kelihatan begitu mesra bersama.
Saling meminati, Jasmine akui dia selesa berkawan rapat dengan Sufian.
Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.
Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih.
Jasmine berkata pada mulanya dia yang mengajak Sufian untuk keluar makan dan mereka sangat selesa berkongsi pengalaman hidup masing-masing, termasuklah kisah percintaan.
Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya.
Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita.
Hebat juga penangan Sufian terhadap Jasmine, bukan biasa-biasa ni. Siapa tahu daripada sahabat yang rapat boleh jadi teman istimewa pula?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments