Secara jujurnya memang terkejut juga apabila melihat fesyen yang digayakan oleh Nadia Brian ketika Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini. Mana tidaknya, dress pendeknya dengan cetakan haiwan telah di”matching”kan dengan sarung kepala seolah-olah hijab. Memang tidak sesuai langsung.
Para netizen telah mengkritik fesyen tersebut dan menganggap apa yang dipakai oleh Nadia Brian adalah mempersendakan agama Islam. Ramai yang meminta Nadia menanggalkan sarung kepala yang dipakai kerana ia memang tidak sesuai langsung dengan imej seksi yang ditonjolkan. Dan Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat-pendapat tersebut.
Berfesyen memang tidak salah, namun janganlah kita terlalu melampau sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang terutama jika anda beragama Islam. Nak seksi, seksilah, tapi jangan campur adukkan dengan pemakaian yang menutup aurat. Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada Nadia. Jangan diulangi kesilapan sama di masa hadapan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments