Setelah sekian lama memendam rasa, pelakon Datin Diana Danielle tidak dapat menahan rasa sedihnya lagi apabila berhadapan dengan gangguan kebimbangan melampau iaitu Anxiety Attack.
Menerusi sebuah video di Instagram, Diana menangis teresak-esak berkongsi keperitan yang dirasai, sukar untuk bernafas meskipun sudah mencuba pelbagai rawatan.
Simptom penyakit itu muncul satu persatu. Rasa macam tapak tangannya berpeluh, susah tidur, kurang rehat, dada kerap rasa berdebar dan hilang selera makan. Pada awalnya, Diana menyangka dia dapat melawan gangguan tersebut namun keadaan menjadi semakin teruk.
Menurut Diana, dia bukanlah mahu meraih simpati tetapi untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak memandang remeh serta mengambil ringan mengenai serangan Anxiety.
Untuk pengetahuan anda, Anxiety Disorder merupakan perasaan cemas, keresahan, panik ataupun fobia yang terlalu berlebihan. Jika ianya berlarutan sehingga enam bulan, ini bermakna seseorang itu tidak normal dan menghadapi masalah Anxiety. Jangan ambil mudah perkara ini dan segeralah rujuk kepada doktor pakar untuk mendapatkan rawatan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments