#Hiburan: Wany Hasrita Menangis Lihat Kaabah Depan Mata

Bertuah dijemput sebagai tetamu Allah SWT menunaikan ibadah haji pada usia muda, penyanyi Wany Hasrita berkata, pengalaman pertama dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci begitu menakjubkan.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan Wany apabila kali pertama dia melihat Kaabah, sehingga menitiskan air mata.

Kali pertama melihat Kaabah, hanya Tuhan saja yang tahu. Saya menangis seperti budak kecil. Sepanjang tawaf, mata tidak berkelip melihat Kaabah kerana tak percaya sudah ada depan mata.

Alhamdulillah, saya sudah selesai menunaikan ibadah haji. Bermula dengan menjaga ihram dan wukuf di Arafah, saya terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk melontar jamrah. Selepas tengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie.

Wany meluahkan rasa syukur segala urusan ibadah hajinya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Wany juga memberitahu dia sudah membacakan doa yang dikirimkan peminat.

Wany  menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments