#Hiburan: Artis Wanita Sarat Hamil Anak Ketiga Diceraikan Suami

Tahun ini kita banyak dikejutkan dengan berita perceraian artis. Bagaimanapun, semua itu adalah ketentuan takdir, jodoh mereka tidak panjang.

artis diceraikan hamil anak ketiga

Terbaru, menerusi laporan Miss K di portal Astro Gempak, dikhabarkan seorang artis wanita telah bercerai dengan suaminya. Lebih sadis, artis itu diceraikan ketika sedang sarat hamil anak ketiga.

Menurut Miss K, rakannya baru-baru ini ke salah sebuah mahkamah Syariah di negeri Selangor dan menceritakan, artis wanita yang rakan sebiliknya dahulu  pasrah serta redha mengenangkan nasib diri yang bakal bergelar janda sebaik sahaja anaknya dilahirkan beberapa bulan lagi.

artis wanita diceraikan sarat hamil anak ketiga

Terkejut kawan Miss K apabila artis wanita tersebut beritahu kepada hakim yang dia sudah tawar hati dan tidak mahu lagi dengan suaminya. Adakah kerana sudah tidak tahan dengan sikap suami yang mata keranjang?

Timbul masalah apabila si suami tidak mahu melepaskan isterinya itu. Alasan yang diberika kerana masih ada rasa cinta dan sayang. Talak dilafazkan dalam keadaan marah disebabkan berlakunya provokasi.

Rata-rata netizen sudah mula spekulasi bahawa artis yang dimaksudkan itu adalah seorang penyanyi terkenal.

Artis Wanita Sarat Hamil Anak Ketiga Diceraikan Suami

Jika berita ini benar, kami harap artis wanita itu tabah menghadapi dugaan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments