#Hiburan: Balas Jasa Baik, Neelofa Mahu Bantu Pekerja Utusan Dan Kosmo

Berita penutupan syarikat Utusan Melayu Berhad disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Operasi syarikat itu akan dihentikan minggu ini dan esok adalah edaran terakhir untuk akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!

neelofa

Selebriti popular, Neelofa turut meluahkan rasa simpati kerana syarikat penerbitan berkenaan banyak membantu membina kariernya sejak awal pembabitan dalam dunia hiburan tanah air.

Ingin membalas jasa baik syarikat akhbar tersebut, Neelofa menawarkan bantuan mencari pekerjaan untuk kakitangan Utusan dan Kosmo!

neelofa bantu pekerja utusan kosmoneelofa utusan kosmo

Neelofa berharap inisiatifnya itu akan membantu para pekerja mendapat pekerjaan baru secepat mungkin. Peluang itu turut dibuka kepada orang ramai yang masih lagi mencari kerja.

Malah, pihak Utusan dan Kosmo juga menghargai usaha murni Neelofa. Rata-rata netizen juga menyokong dan memuji tindakan Neelofa itu dan mendoakan segalanya akan dipermudahkan.

neelofa mahu bantu pekerja utusan kosmoneelofa utusan kosmo

Difahamkan, pihak Kumpulan Utusan menanggung kerugian sehingga RM3 juta sebulan sejak dua tahun lalu. Tidak mampu untuk membayar gaji pekerja mereka yang tertunggak selama tiga bulan.

Sumber Berita : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments